,

Siti Nurhaliza Bakal Jalani Penggambaran Muzik Video Setelah Lagu 7 Nasihat Dapat Sambutan Baik,


Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja melihat sambutan baik terhadap single terbaharunya 7 Nasihat.

Kata Siti, lagu yang menampilkan penyanyi hip hop Kmy Kmo & Luca Sickta itu sesuai untuk didengari semua lapisan masyarakat terutama golongan muda.

"Alhamdulillah, lagu ini sudah berada di pasaran digital dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada semua.

"Terima kasih kepada dua penyanyi muda ini kerana menghasilkan lagu yang diperlukan ketika ini ole generasi muda terutamanya.

"Saya sendiri pun memerlukan lagu sebegini untuk anak saya, ia umpama satu pesanan daripada mak atau nenek kita suatu ketika dahulu dalam bentuk nasihat," ujarnya.

Malah, Siti akui kehadiran lagu 7 Nasihat membuka ruang baharu kepada peminat daripada genre muzik berbeza terutamanya hip hop.

Dalam perkembangan sama, Siti bakal menjalani penggambaran muzik video lagu 7 Nasihat tidak lama lagi.

"Ia masih dalam perancangan tetapi apa yang boleh dijanjikan ia akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini," tambah Siti.

Ditanya mengenai perkembangan kes muat naik haram lagu 7 Nasihat di YouTube, Siti berharap tidak akan ada lagi perkara sama berulang selepas ini.

"Kita sudah memberikan peringatan dan berharap semua faham apa yang kita mahu sampaikan.

"Pihak YouTube pun sudah menyekat akaun berkenaan dan saya harap janganlah mengambil kesempatan atas kerja keras orang.

"Kita sama-sama menyokong dengan cara yang betul," tambahnya. credit to gempak-