Biarpun kedengaran agak pelik, namun usaha peniaga ini harus dipuji kerana bertanggungjawab menjaga jarak sosial ketika pandemik COVID-19.
Peniaga tersebut mengetengahkan idea kreatif tersebut menerusi penggunaan corong dan batang paip sebagai alat menuang minuman susu kepada pelanggannya.
Difahamkan, kejadian berkenaan di Madhya Pradesh, India.
Malah, gelagat peniaga yang memakai topi keledar dan duduk di atas motosikal menuang susu menerusi corong itu telah viral di media sosial.
Selain memakai topi keledar, dia juga menyarung pelitup muka dan sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga.
Rata-rata warganet menghargai kreativiti dan usaha peniaga berkenaan kerana menjaga keselamatan dirinya dan orang sekeliling.
Mungkin idea begini boleh diguna pakai di Malaysia bagi memastikan penjarakan sosial.
Sumber: Indianexpress, gempak.com