Filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid, Manap Karaoke akan menemui anda dua hari sahaja lagi.
Meskipun masih belum ditayangkan, namun rata-rata peminat filem Mamat Khalid seakan tidak sabar menanti karya terbaru pengarah kesukaan mereka itu.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, terdapat pelbagai pendapat positif mengenai Manap Karaoke telah ditulis oleh netizen.
Ada yang menjangkakan elemen lawak dalam filem ini tidak akan menghampakan, ada juga yang menyarankan orang ramai untuk menonton filem ini sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Dibintangi oleh Joey Daud, Mona Allen, Pekin Ibrahim, Imuda dan ramai lagi, Manap Karaoke akan menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 mulai 7 Mei ini.
Apa yang penting, Manap dan rakan-rakan adalah penghibur barisan hadapan ketika anda berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan di negara kita. -gempak.com-
Film ini dibintangi Cha Seung-Won, Uhm Chae-Young, dan Park Hae-Jun. Mengisahkan tentang seorang pria yang memiliki penampilan yang sempurna, tetapi agak lambat (keterbelakangan) dan suatu hari, dia mengetahui putrinya menderita penyakit mematikan. Mereka berpetualang bersama untuk mencarikan hadiah untuk sahabat putrinya. Dan orang-orang di sekelilingnya gempar dan menyangka mereka menghilang
Detail Film Korea Cheer Up Mr. Lee
Movie: Cheer Up, Mr. Lee (working & literal title) Revised romanization: Himeul Naeyo, Miseuteo Lee Hangul: 힘을 내요, 미스터 리 Director: Lee Gye-Byeok Writer: Lee Gye-Byeok, Jang Yoon-Mi, Kim Hee-Jin, Park Jung-Ye Producer: Kim Jung-Bok, Lim Seung-Yong, Kim Yong-Eon, Jung Hee-Son, Jung Hye-In Cinematographer: Kim Jung-Won Release Date: September 11, 2019 Runtime: 111 min. Genre: Drama / Comedy Distributor: Next Entertainment World Language: Korean Country: South Korea
Kuman Pictures menerbitkan sebuah filem seram berjudul "Roh". Filem arahan Emir Ezwan ini diinspirasikan daripada filem klasik Jepun berjudul "Onibaba". Filem ROH akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mac 2020.
TAJUK : ROH - KAMI HANYA BERBISIK GENRE : Seram, Thriller TARIKH TAYANGAN : 19 Mac 2020 PENGARAH : Emir Ezwan PROUKSI : Kuman Pictures Sdn Bhd PELAKON : Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh, June Lojong
SINOPSIS ROH Pada zaman dahulu, di pinggir sebuah hutan, sebuah keluarga daif yang terdiri daripada Mak (Farah Ahmad), Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, Adik (Putri Qaseh).
Adik memberi ramalan bahawa bila bulan mengambang, seluruh isi keluarga akan mati. Seorang dukun yang gelarkan dirinya Tok (June Lojong) menjangka petaka akan tiba. Seorang lelaki misteri Pemburu (Nam Ron) datang untuk mencari anaknya yang hilang, tetapi dia juga ada tujuan lain.
Peristiwa mistik dan seram berlaku bila yang haq dan yang batil bertembung, roh siapakah yang akan terselamat? -artikel asal myinfotaip-
Filem 'Syif Malam Raya' arahan A. Razak Mohaideen. Diterajui oleh ahli kumpulan Zero, iaitu Atu dan Sharif. Turut dibarisi pelakon seperti Reen Rahim, Saiful Apek, Ropie serta penampilan sulung tiga orang Youtuber terkenal, iaitu Yoe Parey, Syahmi Sazly dan Asif Suhaimi.
JUDUL : SYIF MALAM RAYA Tarikh Tayangan : 24 Mei 2020 Genre : Komedi Seram Pengarah : A. Razak Mohaideen Terbitan : Ray Theme Sdn Bhd Pelakon : Atu Zero, Sharif Zero, Reen Rahim, Syaiful Zero, Nadia Brian, Lia Natalia, Yoe Parey, Syahmi Sazly, Asif Suhaimi, Saiful Apek, Azlee Senario, Ropie, Emelda Rosmila
SINOPSIS SYIF MALAM RAYA Mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’. -artikel to myinfotaip-
Filem trilogi keempat berjudul 'Rock 4: Rockers Never Dai' arahan Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam mulai 20 Februari 2020. Menampilkan lakonan Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato' Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, dan Kamarool Hj Yusof.
TAJUK : ROCK 4 ROCKERS NEVER DAI
Genre : Musikal Komedi Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020 Pengarah : Mamat Khalid Produksi : Primeworks Studios Pelakon : Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi, Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edry Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof
WATAK PELAKON Sharwani NS sebagai Ronnie James Dio Hazama sebagai Omar Adam John sebagai Rayyan Bulan Terry sebagai Seri Nazimi Fahmi sebagai Acap
SINOPSIS ROCK 4 Rock 4: Rockers Never Dai kembali dengan Ronnie James Dio (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial masa kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2. Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?
Da Motion Picture bakal tampil dengan sebuah filem horror thriller berjudul M4M4 (MAMA) yang akan ditayangkan dipawagam bermula 6 Februari 2020. Sebuah filem arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Hariz, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
Nabila Huda sebagai Aini Bella Dowanna sebagai Alya Faizal Hussein sebagai Tuan Azahari Kodi Rasheed sebagai Apai Ungku Hariz sebagai Luk Niezam Zaidi sebagai Remy Izzy Reef sebagai Daniel Eyra Hazali sebagai Elly Amanda Hariz sebagai Alya (8 tahun)
SINOPSIS M4M4
Kisah bermula pada hari lahir ke-15 Alya (Bella Dowanna) yang disambut setiap tahun bersama mamanya, Aini (Nabila Huda). Setelah kematian suami ketika Alya berusia lapan tahun, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk untuk anaknya.
Alya mempunyai dua kawan baik iaitu Daniel (Izzy Reef) dan Elly (Eyra Hazali). Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Pada suatu hari, Alya, mereka diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu Apai (Kodi Rasheed), Luk (Ungku Hariz) dan Remy (Niezam Zaidi) yang terkenal dengan gaya samseng mereka di kawasan tersebut. Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut, termasuk Alya. Namun, pada hari tersebut kesabaran Alya memuncak apabila Apai dengan beraninya menyentuh Alya. Berlaku pergaduhan di antara Apai, Alya dan Danny sehingga menyebabkan Alya dengan beraninya menyimbah sup panas kepada Apai.
Sewaktu Alya dan Elly sedang menunggu bas, sesuatu menimpa Elly dan dia terpaksa beredar dari situ buat seketika. Semasa Alya menunggu Elly, Apai dan kawan-kawannya muncul bersama motor dan membuat onar di situ. Alya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Apai dan kawan-kawannya menarik Alya untuk pergi dari situ. Alya dibawa ke sebuah bangunan tinggal dan diperkosa dengan kejamnya. Alya pulang ke rumah dalam keadaan sakit dan cedera.
Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini.Bagaimana Aini sebagai seorang mama menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan Apai, Luk dan Remy?
Filem Aquaman menutup tirai 2018 dengan menampilkan pelbagai aksi yang begitu mengujakan. Malah hasil tinjauan mendapati filem ini masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam tanah air dan terus mencatat kutipan filem dengan nilai tertinggi.
Aquaman Peroleh Kutipan Tertinggi DCEU
Terbaru, hasil rumusan kutipan dari seluruh dunia, DC Extended Universe telah mengumumkan Aquaman sebagai filem terbitan mereka yang mempunyai kutipan paling tinggi atau dalam erti kata lain sebagai yang terlaris antara semua filem yang dihasilkan. Sehingga hari ini, Aquaman telah mengutip sebanyak $887,620,880 sekali gus menumpaskan filem tertinggi DC sebelum ini, Batman V Superman yang mencatat kutipan $873,634,919 .
Wonder Woman Filem Terbaik DC
Meskipun begitu, jika dilihat pada ulasan dan kritikan peminat, menerusi laman Rotten Tomato Aquaman menduduki di tangga kedua dengan mendapat rating sebanyak 64 peratus.
Masih menggungguli sebagai filem terbaik DC adalah penyandangnya sebelum ini iaitu filem Wonder Woman yang mendapat penilaian yang agak tinggi, 93 peratus. Kami percaya dengan rekod Aquaman, DC pasti akan terbitkan sekual nya tidak lama lagi, barangkali sebagai Aquaman V Black Manta? Aquaman Returns? Nantikan! -hangat.com-
Upin dan Ipin tidak perlu diperkenalkan lagi. Manakan tidak animasi terkenal ini bukan sahaja begitu dikenali dalam negara malah turut tular di negara berhampiran seperti Singapura dan Indonesia. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menggelar Malaysia sebagai negara Upin dan Ipin!
Tampil Dengan Filem Terbaru
Jika sebelum ini Upin dan Ipin menerusi syarikat Les’ Copaque telah tampilkan dua filem animasi nya tersendiri, kali ini mereka dengan bangganya memperkenalkan filen ketiga yang berjudul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Telan Belanja RM20 Juta
Menariknya lagi, filem yang dijangka akan dipertontonkan pada 21 Mac ini menggunakan kepakaran anak-anak tempatan sepenuhnya. Menyasarkan filem ini penjadi pilihan tontonan seisi keluarga, jumlah kos penerbitannya telah menelan belanja sebanyak hampir RM20 Juta.
Bagi memberi kepuasan maksimum kepada penonton, filem ini akan ditayangkan di semua pawagam GSC ATMOS. Kami berkesempatan untuk menonton sedutan awal selama 10 minit menerusi jemputan media. Apa yang boleh kami katakan ianya jauh lebih bagus, setanding filem animasi antarabangsa dan barang kali akan menjadi saingan hebat filem terbaik bagi tahun 2019!
Sinopsis Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”.
Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang. Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST ysng dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi. -hangat.com-
Tren filem superhero masih akan terus berterusan pada tahun depan. Ini tentu bukan hal yang menghairankan bila kita fikirkan keuntungan yang diraih filem superhero sebelum ini.
Marvel dan DC, masih menjadi pengeluar sebahagian besar filem-filem superhero tahun mendatang. Tak hanya sekuel, filem solo yang mengetengahkan watak baru, juga muncul.
Anda termasuk di kalangan peminat filem superhero? Berikut tarikh ia dikeluarkan Amerika Syarikat, sebagai gambaran waktu penayangannya nanti:
1. Captain Marvel (8 Mac)
Watak superhero terbaru Marvel akhirnya diperkenalkan kepada umum. Dalam filem ini Captain Marvel (Brie Larson) berjuang mengingatkan kehidupan masa lalunya sebagai Carol Danvers, sekaligus terjebak dalam perang galaksi.
2. Shazam! (5 April)
Setelah Batman dan Superman, kini giliran Shazam! dari DC Universe yang menunjukkan taringnya. Uniknya watak Shazam! (Zachary Levi) yang berotot dan memiliki penampilan sebagai seperti lelaki dewasa ini, asalnya adalah remaja 14 tahun bernama Billy Batson.
3. Hellboy
Hellboy atau Anung Un Rama (David Harbour) adalah iblis yang memiliki darah manusia. Dia memiliki misi untuk menghentikan seorang penyihir kuno yang berniat membinasakan dunia.
4. Avengers: End Game
Inilah filem superhero yang paling ditunggu-tunggu pada 2019. Di filem ini akan dijawab mengenai nasib dan perjuangan para pahlawan super selepas ‘jentikan maut’ Thanos di Avengers: Infinity War. Setelah diperkenalkan di filem solonya, Captain Marvel (Brie Larson) akan muncul kembali di film ini.
5. X-Men: Dark Phoenix (7 Jun 2019)
Filem ini akan bertumpukan pada karakter Jean Grey (Sophie Turner), yang kekuatan supernya mulai meracuni fikirannya, sehingga ia menjadi sang Dark Phoenix. Apa langkah X-Men selanjutnya?
6. Spider-Man: Far From Home (5 Julai 2019)
Setelah Avengers: End Game, Peter Parker (Tom Holland) kembali melompat dan menggarkan panggung menerusi Spider-Man: Far From Home. Kali ini bertemu dengan musuh bernama Mysterio (Jake Gyllenhaal).
7. New Mutants (2 Ogos 2019)
Yang ini, adalah filem pahlawan super dengan citarasa horor. Dalam filem ini, diceritakan lima mutan muda yang dikurung di sebuah markas rahsia. Mereka berjuang untuk lari dan menyelamatkan diri.
8. Joker (4 Oktober 2019)
Bila filem yang lain bertumpukan kepada tokoh superhero, tapi yang ini justru mengangkat karakter super-villain. Joker yang dibintangi aktor ternama Joaquin Phoenix ini, mengangkat kisah komedi gagal yang gila dan menjadi seorang pembunuh.
Pengarah tersohor Aziz M Osman kembali menghasilkan filem bergenre
fiksyen sains berjudul XX Ray III sekuel kepada filem XX Ray (1992) dan
XX Ray II (1995). Filem terbitan Ace Motion Pictures ini menelan belanja
sekitar RM2.5 juta. Akan ditayangkan di pawagam pada 24 Januari 2019.
TAJUK : XX RAY III
Tarikh Tayangan : 24 Januari 2019
Genre : Fiksyen Sains
Pengarah : Aziz M. Osman
Produksi : Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Izzue Islam, Nonny Nadirah, Ardell Aryana, Dazrin
Kamarudin, Saiful Apek, Ashraf Muslim, Adam John, Dato Jalaludin
Hassan, Aziz M. Osman
WATAK PELAKON
Izzue Islam sebagai Rayyan
Nonny Nadirah sebagai Lana
Adam John sebagai Sam
Dazrin Kamaruddin sebagai Rosman
Ardell Aryana sebagai Adel
Ashraf Muslim sebagai Rizal
Saiful Apek sebagai Azli
Dato Rahim Razali sebagai Tan Sri Ismail
Dato Jalaludin Hassan sebagai Hang Tuah
Razak Ahmad sebagai Harun
Aziz M.Osman sebagai Amir
SINOPSIS FILEM XX RAY III
Mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam
(pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat
perindustrian yang berpengkalan di Jordan (sempadan Israel) dalam misi
untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang
hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan
kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos
1996.
Insiden tersebut disebabkan wormhole yang menyerap kuasa utama tenaga
elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi
adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa
lepas.
Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan
menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada
ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan
menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.
Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis
oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai
mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya
menyelamatkan sistem solar.