,

Upin & Ipin Tampil Dengan Filem Terbaru Mac ini!

Upin dan Ipin tidak perlu diperkenalkan lagi. Manakan tidak animasi terkenal ini bukan sahaja begitu dikenali dalam negara malah turut tular di negara berhampiran seperti Singapura dan Indonesia. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menggelar Malaysia sebagai negara Upin dan Ipin!


Tampil Dengan Filem Terbaru

Jika sebelum ini Upin dan Ipin menerusi  syarikat Les’ Copaque telah tampilkan dua filem animasi nya tersendiri, kali ini mereka dengan bangganya memperkenalkan filen ketiga yang berjudul  Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.


Telan Belanja RM20 Juta

Menariknya lagi, filem yang dijangka akan dipertontonkan pada 21 Mac ini menggunakan kepakaran anak-anak tempatan sepenuhnya.  Menyasarkan  filem ini penjadi pilihan tontonan seisi keluarga, jumlah kos penerbitannya telah menelan belanja sebanyak hampir RM20 Juta.


Bagi memberi kepuasan maksimum kepada penonton, filem ini akan ditayangkan di semua pawagam GSC ATMOS. Kami berkesempatan untuk menonton sedutan awal selama 10 minit menerusi jemputan media. Apa yang boleh kami katakan ianya jauh lebih bagus, setanding filem animasi antarabangsa dan barang kali akan menjadi saingan hebat filem terbaik bagi tahun 2019!

Sinopsis Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”.


Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang. Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST ysng dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi. -hangat.com-