,

Naruto Bakal Kembali Menerusi Siri Terbaru Naruto: Shinden

Jika dahulu anime Dragon Ball merupakan kegilaan pelbagai lapisan umur, pada era kini anime Naruto pula mengambil alih carta pilihan ramai. Sebelum ini, ramai yang bersedih kerana anime ini sudah pun tiba ke penghujungnya sebelum disambung pada kisah anaknya menerusi Boruto: Naruto Next Generations.


Naruto Kembali

Terbaru, berita gembira buat peminat yang merindui aksi Naruto kerana watak utama anime ini bakal kembali menerusi sebuah siri terbaru yang dikenali sebagai Naruto : Shinden. Selain memfokuskan Naruto, adiwira ini juga akan ditemani Sasuke dan Shikamaru sebagai watak utamanya.


‘Spin Off’ Dari Versi Asal

Menerusi pengumuman ini, Naruto : Shinden merupakan sebuah lagi ‘spin off’ daripada siri anime asal dengan memaparkan garis masa yang sama seperti Boruto iaitu 15 tahun selepas peperangan Fourth Shinobi World War.



Untuk anda yang teruja dengan berita ini, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menonton Naruto : Shinden yang akan ditayangkan seawal 10 Februari ini. Kage bunshin no jutsu! -hangat.com-