,

Arahan Guru Kembali Ke Sekolah Telah Dikeluarkan - Ismail Sabri


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan memutuskan untuk guru kembali ke sekolah bagi menguruskan tugasan penyediaan sukatan pelajaran.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana guru yang tidak jelas dengan arahan tersebut boleh merujuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau menghubungi terus KPM sama ada mereka ada keperluan ke sekolah atau sebaliknya.

“Ini adalah perkara diputuskan Kementerian Pendidikan, walaupun sekolah belum mula tapi ada keperluan bagi guru untuk ke sekolah masing-masing untuk sediakan apa-apa sahaja perkara berkaitan pelajaran, jadi arahan dikeluarkan Kementerian Pendidikan.

“Jika guru ada apa-apa keraguan mereka boleh hubungi PPD masing-masing atau terus menghubungi Kementerian Pendidikan, termasuk melalui online untuk mendapatkan penjelasan, siapa yang dibenar dan siapa yang tidak dibenar,” katanya ketika sidang media, hari ini.




Beliau berkata demikian ketika ditanya arahan tidak jelas kepada guru untuk hadir ke sekolah, memandangkan terdapat sekolah di beberapa negeri yang mengeluarkan arahan dan ada yang belum mengeluarkan sebarang pemakluman.

Semua sekolah seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengusaha bas sekolah kenakan bayaran

Mengulas sikap segelintir pengusaha bas sekolah mengenakan bayaran kepada ibu bapa walaupun sekolah masih ditutup ketika PKP, Ismail berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Sepatutnya kalau, tidak ada perkhidmatan bas sekolah mereka tidak boleh minta bayaran sebab tidak ada perkhidmatan, anak-anak masih bercuti, jadi tidak ada sebab minta ibu bapa bayaran.

“Jadi bas sekolah di bawah Kementerian Pengangkutan, saya percaya lesen di Keluarkan Kementerian Pengangkutan.

“Saya akan bawa kepada menteri pengangkutan perkara ini supaya mereka keluarkan arahan kepada pengusaha bas sekolah. Apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tak boleh mereka lakukan ketika ini,” katanya.

Sumber : freemalaysiatoday