,

Bosan Kuarantin Di Rumah, Hari-Hari Suami Batalkan Wuduk Saya - Eyra Hazali


Sedang meniti saat bahagia berumah tangga dan bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata, kehidupan Eyra Hazali kini sudah cukup lengkap. Baru-baru ini, Eyra berkongsikan momen manisnya bersama suami, penjaga gol Johor Datul Ta’zim, Muhammad Haziq Nadzli.

Status yang dimuat naik di Twitter ternyata mendapat perhatian netizen apabila Eyra mengatakan suaminya sering mengusiknya dek kerana terlalu bosan di rumah sepanjang tempoh kuarantin. Malah, Eyra mengatakan habis kecut jarinya kerana kerap mengambil wuduk.





Dalam pada itu, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan ini yang sememangnya romantis habis sehingga ramai yang masih bujang diluar sana turut rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka.



Ada bagusnya Perintah Kawalan Pergerakan ini lebih-lebih lagi buat mereka yang sibuk bekerja sebelum ini ada banyak masa boleh diluangkan masa bersama keluarga. Malah, suami isteri juga boleh ambil peluang berbulan madu dirumah. -rotikaya-