Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Netizen Lancar Petisyen Singkirkan Ajai Sebagai Juri Big Stage 2020

by

Semalam berlangsungnya konsert minggu pertama Big Stage 2020. Namun apa yang menjadi perhatian adalah komen pedas dan keterlaluan yang diberikan oleh komposer dan penyanyi, Ajai sehingga namanya trending di laman Twitter.

Difahamkan kritikan itu diberi kepada peserta Dr Hafiz Zainal yang membawakan lagu Fly Me To The Moon dikatakan sumbang serta markah yang diberikan hanya 2 daripada 100. Lebih mengejutkan, komen yang Ajai turut mendakwa lebih baik Hafiz pengsa daripada meneruskan nyanyiannya.







Kata netizen lagi, sebagai juri sepatutnya memberikan komen untuk menaikkan semangat serta memberi tunjuk ajar bukan menjatuhkan lagi para peserta.



Malah, netizen mengatakan pemilihan Ajai sebagai juri tetap program tersebut merupakan kesilapan besar. Berikutan itu, netizen melancarkan satu petisyen meminta pihak produksi menyingkirkan komposer terkenal itu sebagai juri tetap.


Selain Ajai, penyanyi popular Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. Manakala Hael Husaini diundang menjadi juri jemputan bagi minggu pertama konsert itu.

Sumber : Rotikaya.com

I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) - Full Episode

by

Salah sebuah program yang tak dapat dinafikan telah mendapat tempat ramai penonton Malaysia, diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) bakal kembali menceriakan hujung minggu anda bermula 16 Februari 2020, setiap hari Ahad dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam di TV3. Perubahan format pun telah diperkenalkan yang pastinya lebih menarik!


Memandangkan program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan, mereka berjaya kumpulkan rating untuk kesemua episod ICSYVMY Musim 2 dengan berjumlah 11.4 juta penonton. Manakala tontonan di platform digital YouTube TV3 Malaysia dan YouTube TV9 Malaysia pula berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 62.5 juta. Memang power!










Telefilem Pemuja Rahsia (TV3)

by

Saksikan telefilem 'Pemuja Rahsia' pada Sabtu ini pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : PEMUJA RAHSIA

WAKTU SIARAN : Sabtu, 28 Mac 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Fiza Thomas


SINOPSIS PEMUJA RAHSIA 
Adam, pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas. Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa - Suzana enggan terlalu rapat dengan keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan. Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik. -kredit artikel myinfotaip-


TONTON TELEFILEM PEMUJA RAHSIA (TV3) - FULL TELEFILEM


Telefilem Satu Kampung Dua Orang (2020)

by

Saksikan telefilem 'Satu Kampung Dua Orang' arahan Sabri Yunus pada Sabtu, 21 Mac 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

JUDUL : SATU KAMPUNG DUA ORANG
WAKTU SIARAN : Sabtu, 21 Mac 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENGARAH : Sabri Yunus
PRODUKSI : Heritage Movies Sdn Bhd
PELAKON : Sabri Yunus, Eman Manan, Aedy Ashraf, Amar Asyraf, Fatin Farhana, Saidi Sabri, Rashid Jaafar

SINOPSIS SATU KAMPUNG DUA ORANG
Tahun 1977, sebuah banjir besar menenggelamkan sebuah perkampungan di tepi sungai Pahang, menyebabkan semua penduduk kampung tersebut diarahkan berpindah ke kampung lain. Pun begitu, Buyung yang baru saja kematian isteri enggan berpindah dari situ lalu adiknya, Juang mengambil keputusan untuk menemani Buyung. Tinggal lah cuma mereka berdua di kampung tersebut selama 40 tahun. Suatu hari, rumah mereka didatangi Bidin, seorang pemuda yang melarikan diri ke kampung mereka setelah melakukan sebuah kesalahan berat. Kedatangan Bidin telah membuka rahsia di antara Buyung dan Juang yang melibatkan insiden kematian arwah isteri Buyung, Milah, beberapa dekad lalu. -credit artikel - myinfotaip-



TONTON TELEFILEM SATU KAMPUNG DUA ORANG



Rock 4 Rockers Never Dai (2020)

by

Filem trilogi keempat berjudul 'Rock 4: Rockers Never Dai' arahan Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam mulai 20 Februari 2020. Menampilkan lakonan Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato' Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, dan Kamarool Hj Yusof.

TAJUK : ROCK 4 ROCKERS NEVER DAI

Genre : Musikal Komedi
Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Primeworks Studios
Pelakon : Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi, Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edry Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof

WATAK PELAKON
Sharwani NS sebagai Ronnie James Dio
Hazama sebagai Omar
Adam John sebagai Rayyan
Bulan Terry sebagai Seri
Nazimi Fahmi sebagai Acap

SINOPSIS ROCK 4
Rock 4: Rockers Never Dai kembali dengan Ronnie James Dio (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial masa kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2. Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?



Credit Artikel to Myinfotaip

Telefilem Ghairah (Astro)

by

Saksikan telefilem 'Ghairah' adaptasi novel karya Zura Anwar pada Sabtu (8 Februari) pukul 9 malam di Astro Citra.

JUDUL : GHAIRAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 Februari 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Megat Sharizal
PRODUKSI : Dear Creative Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar

SINOPSIS GHAIRAH
Dani yang telah hilang ingatan selepas mengalami suatu kemalangan mula berasa sangsi dengan perlakuan isterinya Ara. Dipisahkan dari dunia luar membuatkan Dani semakin panik. Siapakah ara sebenarnya?

-credit to gempak-

Drama The Gadis - Lestary (TV3)

by

Nantikan drama bersiri 'The Gadis' arahan Liyana Jasmay untuk slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem. The Gadis bakal disiarkan pada bulan Mac 2020.

JUDUL : THE GADIS
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2020
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Faten Syamimie
PENGARAH : Liyana Jasmay
PRODUKSI : Mermaid Studios Sdn Bhd
PELAKON : Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab

WATAK PELAKON
Yuna Rahim sebagai Lisa
Fatin Afeefa sebagai Nad
Erynne Erynna sebagai Lina
Syafie Naswip sebagai Shazman
Hun Haqeem sebagai Mika


Para pelakon drama The Gadis

Drama Jujurlah Nikahi Aku (Astro)

by

Nantikan drama adaptasi novel 'Jujurlah Nikahi Aku' karya Umie Nadzimah di slot DramaVaganza, Astro Ria. Menampilkan lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi. Diarahkan oleh Rashid Sibir. Ditayangkan bermula 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di Astro Ria.

JUDUL : JUJURLAH NIKAHI AKU
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Maizura Ederis
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Kasmaliah Mat Dome, S.Sahlan, Hamidah Wahab, Arena Iman, Mandy Chong

WATAK PELAKON
Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa
Sean Lee sebagai Alan Wong
Rita Nadira sebagai Zurin
Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
Raja Azura sebagai Puan Azah
Zaidi Omar sebagai Encik Arshad
Hamidah Wahab sebagai Narimah
S.Sahla sebagai Tuan Zainal
Magerate Gan sebagai Popo
Arena Iman sebagai Suzaila

SINOPSIS JUJURLAH NIKAHI AKU
Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati. -credit to myinfotaip-

Drama Setelah Cinta Itu Pergi - Samarinda (TV3)

by
Setelah Cinta Itu Pergi


Drama adaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani bakal disiarkan di slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar. Turut dibintangi oleh Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan ramai lagi. Drama arahan Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan bersiaran bermula 17 Januari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENULIS SKRIP : PGRS Team, Rozie Rashid & Zakinah Ab Zarith
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan, Mardiana Alwi

WATAK PELAKON 
Nina Iskandar sebagai Marina
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shahz Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam
Fizo Omar sebagai Idlan
Nik Adam Mika sebagai Muiz Danish
Oktovia Manrose sebagai Jehan
Syakilah Rahmad sebagai Zahirah
Faye Kusairi sebagai Shahida
Asry Azizan sebagai Farok

LAGU TEMA / OST 
Simpan Sedikit Rindu - Joe & Asmidar
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya



SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi? 


Setelah Cinta Itu Pergi

credit to myinfotaip

Telemovie Misteri Tasik Biru - Astro Citra

by
Misteri Tasik Biru


Saksikan telefilem seram Misteri Tasik Biru arahan Pitt Hanif yang akan ditayangkan di Astro Citra slot Citra Exclusive pada Sabtu, 5 Januari 2019, pukul 9 malam. 

JUDUL : MISTERI TASIK BIRU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 malam, 5 Januari 2019
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENGARAH : Pitt Hanif
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Nik Adam Mika, Rykarl Iskandar, Mystique Innaya, Aniq Iffat, Anwar Syafiq, Henzi Andalas

SINOPSIS MISTERI TASIK BIRU 

Sekumpulan kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang bergabung untuk menyiasat mengenai misteri sebuah tasik, namun apakah yang bakal berlaku kepada mereka?

credit to myinfotaip

Drama Pujaan Hati Kanda - Akasia TV3

by
Pujaan Hati Kanda

Nantikan drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Menemukan sekali lagi gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama bersiri terbitan Mache All Star United dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 20 Disember 2018, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENULIS SKRIP : Intan Zarina
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman


Tonton Drama Pujaan Hati Kanda - Akasia TV3



LAGU TEMA / OST
Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA
Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
 
Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? 

GAMBAR PELAKON
Pujaan Hati Kanda

credit to myinfotaip

Drama Aku Cinta Dia - Lestary di TV3

by
Aku Cinta Dia


Drama bersiri Aku Cinta Dia bakal mengisi slot Lestary di TV3. Menemukan gandingan Aiman Hakim dan Hannah Delisha. Drama 20 episod terbitan Saphire Screen diarahkan oleh Bahri Uma. Bakal menemui penonton bermula 26 Disember 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : AKU CINTA DIA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Natasha Elyzza, Idzham Ismail, Sasha Bashir, Zaefrul Nordin

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Affan
Hannah Delisha sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Sarina
Ikmal Amry sebagai Akbar
Fahad Iman sebagai Ikhwan
Elly Mazlein sebagai Rima
Catriona Brian Ross sebagai Zaity
Fauzi Nawawi sebagai Dr Azhar
Zul Huzaimy sebagai Luq
Hafiz Bahari sebagai Ili
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Kamaruzzaman
Idzham Ismail sebagai Hakim
Natasha Elyzza sebagai Ariana
Sasha Bashir sebagai Katrina
Miera Leyana sebagai Anis
Nasz Sally sebagai Bib
Yuna Rahim sebagai Isya

Tonton Drama Aku Cinta Dia - Lestary di TV3




LAGU TEMA / OST 
Neon Band - Hingga Akhir Nanti

SINOPSIS AKU CINTA DIA
Kisah hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.

Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.

Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.

Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.

Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.

Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

GAMBAR PELAKON
Aku Cinta Dia


Pelakon Aku Cinta Dia
Pelakon drama Aku Cinta Dia


credit to myinfotaip

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Megadrama Astro

by
Kan Kukejar Cinta Kamu

Nantikan drama adaptasi novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari yang bakal mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Menemukan gandingan Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Bakal menemui penonton bermula 17 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123. 

JUDUL : KAN KU KEJAR CINTA KAMU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Fauziah Ashari
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid, Zakinah Ab. Zarith
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose, Fadzilah Mansor 

WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila
Syamim Farid sebagai Kalsom
Doria Rachel Jolly sebagai Adelea
Natasya Mahyan sebagai Marlisa
Mia Nasir sebagai Qistina
Safwan Nazri sebagai Faris
Shah Hazvee sebagai Raid
Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim
Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya
Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil
Rosnah Johari sebagai Nazurah
RJ sebagai Zack


Tonton Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Megadrama Astro





LAGU TEMA / OST 
Hael Husaini - Hajat

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU
Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. 

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

GAMBAR PELAKON
Kan Kukejar Cinta Kamu


Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu
Pelakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu


credit to myinfotaip