, ,

Rock 4 Rockers Never Dai (2020)


Filem trilogi keempat berjudul 'Rock 4: Rockers Never Dai' arahan Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam mulai 20 Februari 2020. Menampilkan lakonan Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato' Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, dan Kamarool Hj Yusof.

TAJUK : ROCK 4 ROCKERS NEVER DAI

Genre : Musikal Komedi
Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Primeworks Studios
Pelakon : Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi, Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edry Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof

WATAK PELAKON
Sharwani NS sebagai Ronnie James Dio
Hazama sebagai Omar
Adam John sebagai Rayyan
Bulan Terry sebagai Seri
Nazimi Fahmi sebagai Acap

SINOPSIS ROCK 4
Rock 4: Rockers Never Dai kembali dengan Ronnie James Dio (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial masa kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2. Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?



Credit Artikel to Myinfotaip