Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu bakal berkuatkuasa Isnin ini sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita difahamkan ramai pengguna menggunakan juruwang dalam bank sebab isu ATM yang caj RM1 setiap kali pengeluaran wang.
"Pengecualian RM1 ini akan bermula Isnin hingga tamat PKP ini dan ia memberi ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan ATM disediakan," katanya kepada Astro Awani.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjaga jarak sosial apabila mengeluarkan wang di ATM.
"Saya menasihatkan orang ramai jika tidak lagi ke dalam bank, jangan berpusu-pusu di ATM. Penjarakan sosial mesti dipatuhi iaitu satu meter yang ditetapka," ujar beliau.
Orang ramai juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.
Sumber: Astro Awani