Daripada seorang pereka menjadi petani moden, kisah seorang gadis, Nuraishah Shamsuddin mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, Nuraishah, 27, berkongsi cerita bahawa dia berhenti kerja tujuh bulan yang lalu untuk pulang ke kampung bagi menjalani Kehidupan yang ringkas.
Tinggal berdua bersama ibunya dan seekor kucing bernama Copot, dia menjual sayuran organik sebagai sumber pendapatan dan gembira dengan kehidupannya sebagai petani.
“Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Masa saya diisi sepenuhnya dengam berkebun. Mana tahu satu hari saya akan ada pekerja sendiri.
“Saya turun berat badan hampir 18kg sejak berkebun. Saya tukar diet dan rutin harian. Saya kitar semula apa sahaja bahan yang ada dan nak kurangkan pembaziran. Hidup bertuhan, sihat, gembira dan diberkari,” tulis Nuraishah menerusi kicauannya.

7 months ago I ditch my designer career, go back home and live a simple life. I’m 27, I have no debt, I drive Perodua, I live with my mak and a cat, Copot, I go to kebun every morning till noon, I sell organic veggies for a living. Less is more. I’m happy with my current life.
32.1K people are talking about this
Malah, dia turut memuat naik masakan dan hidangan enak yang dimasak menggunakan sayuran yang ditanam sendiri.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya teruja melihat kehidupan yang dijalani wanita ini.
“Tolong buat saluran YouTube sis! Saya memang mencaru content untuk petani tempatan. Sangat memberi inspirasi,” komen seorang wargamaya.
“Respect gila! Aku sekali baca ingat orang buat ni dari luar negara. Tak sangka ada orang melayu macam ni jugak,” komen seorang wargamaya.
“Bertuahnya sis! Kami yang lain ni masih terperangkap dalam hutan konkrit,” luah seorang wargamaya.
“Allahu, inilah kehidupan yang saya mahukan. Kehidupan yang biasa, bercucuk tanam, berkebun dan ada suami yang membantu,” ujar seorang wargamaya lagi.
Nuraishah turut menjual biji benih dan barangan berkebun serta tanaman organik di laman Carousell miliknya.
Sehingga kini, perkongsian Nuraishah telah mendapat hampir 30,000 ulang kicau dan 60,000 tanda suka daripada warga Twitter. -gempak.com-