,

Adrea Abdullah Minta Anak Bujang Ajar Mengaji, Netizen Tersentuh


Pelakon Adrea Abdullah berkongsi rasa syukurnya mendapat bimbingan mengaji al-Quran dari anak lelakinya sendiri, Ahmad Afiq.

Memanfaatkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Adrea dia berjaya menghabiskan bacaan ayat suci al-Quran sebanyak tujuh hingga sembilan muka surat sehari.

"Never too late to learn again. Merangkak but getting better.


"Terima kasih ustaz @ahmd.afiq._ sabar ajar mama. 7-9 pages every day. Alhamdullillah Sejuk perut Ibu mengandung.

"My son belajar tahfiz so he hafal Al-Quran. Siap ajar tajwid. Mama banyak dah lupa. Syukur. Since MCO banyak masa so takde alasan dah. Jom kita baca al- Quran everyday," kongsi Adrea.




  

Tidak terlambat untuk belajar, peminat pelakon itu membanjiri ruangan komen yang turut memuji Afiq sebagai anak yang soleh.

Malah, ada yang memuji Adrea yang pandai mendidik anak dengan melengkapkan Afiq ilmu agama.

Selain Adrea beberapa artis lain turut memanfaatkan tempoh PKP dengan aktiviti mengaji al-Quran antaranya Nabila Huda, Nazim Othman, Ernie Zakri dan Siti Nordiana. -gempak.com-