,

Bad Boys for Life (2020)



Siri filem Bad Boys dan Bad Boys 2 sangat popular ketika admin berada di universiti. Namun, entah kenapa admin kurang berminat menonton filem-filem berkenaan pada ketika itu. Kini sequel baharu francais tersebut telah ditayangkan di pawagam bertajuk Bad Boys for Life dan kami berkesempatan menontonnya. Berikut adalah pendapat kami mengenai filem tersebut.



BAD BOYS FOR LIFE – FILEM LAMA MEMASUKI ALAF BAHARU

Dalam Bad Boys for Life, Mike dan Marcus kini berada di penghujung kareer mereka sebagai pegawai polis. Marcus yang kini seorang datuk bercadang untuk bersara dan Mike yang masih bersemangat ingin kekal menjadi polis sehingga akhir hayat.



Mike dan Marcus dalam filem-filem Bad Boys sebelum ini

Sementara itu, seorang penjenyah sangat berbahaya telah terlepas dari penjara di Mexico. Setelah terlepas, beliau mula menyasarkan beberapa orang dalam sistem kehakiman dan badan penguatkuasa. Turut disasarkan adalah Mike di mana beliau telah ditembak seorang penembak bermotosikal di hadapan rakan-rakannya. Setelah beliau sembuh, beliau bertekad untuk mencari pihak bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Namun, ternyata mengajak Marcus yang dalam mod bersara untuk sama-sama membantu satu tugas sukar. Tetapi setelah dipujuk, kaptennya membenarkan beliau menyertai kumpulan AMMO yang menyiasat kesnya itu. Bermulalah penyiassatan mereka. Tontonlah kesudahan filem ini di pawagaam berhampiran.



REVIEW

Pertama sekali, jelas sekali para hero kita dalam filem ini sudah agak berumur untuk watak mereka berbandiing ketika memainkan dua filem sebelumnya, terutama Marcus yang bukan sahaja sudah bertambah berat badan, malah kesan umurnya amat jelas kelihatan. Namun, bagi Will Smith yang memainkan watak Mike, beliau masih kelihatan mantap. Itulah yang boleh diharapkan dari pelakon utama filem Gemini Man itu.



Sungguhpun demikian, filem ini tidak berpura-pura menjadikan mereka acah-acah muda, sebaliknya menjadikan umur mereka sebagai kekuatan filem ini. Marcus dengan karenah keluarganya setelah menjadi pesara dan Mike dengan sejarahnya yang bujang selama ini. Ini menjadikan karakter mereka lebih ikhlas dan tidak berpura-pura. Sehubungan itu, boleh dijangka watak Marcus sedikit lemah dan perwatakannya perlahan dalam percakapannya, seolah semput walaupun watak Mike masih lagi cergas.

Namun, filem ini memperkenalkan divisyen polis AMMO yang terdiri dari watak-watak muda yang celik IT. Ini memberikan dinamik baru dalam pasukan mereka dan sekaligus memperlihatkan jarak antara generasi “oldschool” dengan generasi millenial yang sentiasa “up to date” dengan teknologi terkini. Pengenalan mereka bukan saja-saja. Ternyata mereka ingin membikin satu francais Bad Boys yang diberi nafas baharu yang berasaskan divisyen polis AMMO ini. Jadi kita boleh harapkan beberapa sekuel filem Bad Boys (sekiranya filem ini mendapat sambutan baik).


Jalan cerita filem ini tidak berkait dengan dua filem sebelumnya, jadi jika anda tidak menonton dua filem sebelumnya seperti admin, anda boleh menonton filem ini tanpa masalah. Jalan ceritanya tidaklah berat, malah menarik juga kerana ia membuatkan penonton tertanya-tanya sehingga ke penghujung, siapakah watak jahat itu? Babak aksi yang diselangi lawak jenaka yang bersahaja juga menjadikan filem ini sangat menghiburkan untuk ditonton. Isi ceritanya yang padat juga menjadikan penonton puas menonton filem ini. Sungguhpun demikian, jalan ceritanya bukanlah satu formula baharu, walaupun ia menghiburkan.

Kesudahannya juga menunding kepada sekual. Kami jangka peranan filem ini dalam francais Bad Boys adalah untuk mengubahnya dari filem mengenai dua hero bersahabat yang biasa-biasa kepada satu pasukan penentang jenayah yang terdiri dari anggota yang menjalankan tugas dengan cara kurang konvensyonal dan menggunakan teknologi tinggi.



POSITIF VS NEGATIF

Positif
Jalan cerita yang tidak berat dan menghiburkan
Aksi yang mendebarkan dan lawak jenaka yang bersahaja
Jalas sekali ia mahu memperkasakan semula francais Bad Boys

Negatif
Watak Marcus nampak sedikit letih dan kurang natural.
Bukanlah formula baru.



Tonton Filem Bad Boys for Life (2020)


KESIMPULAN

Jika anda peminat francais Bad Boys sejak awal 2000an, filem Bad Boys for Life memberi nafas baharu kepada francais berkenaan menuju ke hadapan. Sekuel-sekuel akan datang kami jangka bukan sahaja akan melibatkan dua watak utama itu sahaja, sebaliknya memperkalkan sepasukan anggota penguatkuasa yang menggunakan teknologi untuk menyelesaikan kes. Bagi kami ia satu perkara baik memandangkan jika formula lama digunakan, ia pasti akan ketinggalan zaman. Apa pun, kami rekomen filem ini ditonton samada oleh peminat lama, mahupun generasi baharu.
PENILAIAN

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10


Credit Artikel : wayangkini.com

IMDB