2020, Malaysia
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim menyifatkan pemergian insan yang banyak menabur budi dalam pelbagai bidang sejak akhir-akhir ini meninggalkan kesan mendalam baginya.
Atas dasar itu juga, keputusan untuk peralihan kuasa pengarah kreatif Rizalman Ibrahim kepada pengurusnya, Faizul Surani dirasakan paling tepat ketika namanya berada di puncak.
"Itu keputusan yang Allah gerakkan hati saya, pastinya ada hikmah di sebaliknya.
"Saya mengundur diri sebab saya lihat kematian demi kematian lagenda satu persatu tanpa persediaan amat-amat terkesan di hati saya.
"Kalau itu berlaku pada saya,ketika saya sedang bongkak mengawal kuasa, Allah rentap nyawa saya ketika tak sempat saya serahkan wasiat ini, saya tak mahu pergi dalam keadaan tak bersedia.
"Saya msih ada di sini kalau generasi baru datang dan minta pandangan dan sekiranya saya pergi pun peminat akan merindui saya dalam konteks sudah bersedia," jelas Rizalman.
Pada malam Kesuma Jiwa 2020, 20 Februari lalu, Rizalman, 49, membuat satu kejutan apabila mengumumkan akan berundur dari dunia fesyen dan menyerahkan tugas itu kepada pengurusnya secara total.
Mengambil iktibar daripada kematian legenda fesyen Karl Lagerfeld tahun lalu, Rizalman enggan kematiannya nanti dalam transisi yang tidak elok.
"Karl dipuja-puja seluruh dunia suatu ketika dahulu, namun ketika kematiannya, beliau meninggalkan koleksi yang tidak menjadi sanjungan ramai dan tiada transisi yang cantik.
"Saya amat faham sifat fesyen itu sendiri, kalau dah pakai sekali dah tak mahu dah," ujarnya.
Dalam pada itu, Rizalman menjelaskan dia sentiasa bersedia hinggakan set pengurusan jenazah dirinya sendiri sudah disempurnakan seandainya ajal menjemput.
"Saya suka menyediakan barang-barang sepatutnya, sehinggakan set jenazah saya pun, katil, tilam, bantal, jubah semua saya sudah siapkan sebab itu personaliti saya," kata Rizalman. -gempak.com-
Set Jenazah Saya Sudah Tersedia, Rizalman Jelas Keputusan Undur Diri