Showing posts with label Anime. Show all posts
Showing posts with label Anime. Show all posts

Tahniah! Datuk Jamal Abdillah Kerana Bakal Timang Cahaya Mata Lagi!

by

Selepas dikurniakan anak perempuan pada 10 Oktober tahun lalu, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 61, bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin hamil anak kedua mereka.

Menurut Jamal yang berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi WhatsApp, isterinya kini hamil 10 minggu.

"Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii," katanya menerusi WhatsApp





Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.

"Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina," katanya.

Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.

Azura kini berusia tujuh bulan.

Jamal turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Sumber: Harian Metro, Gempak.com
Foto: Harian Metro, The Star

Naruto Bakal Kembali Menerusi Siri Terbaru Naruto: Shinden

by
Jika dahulu anime Dragon Ball merupakan kegilaan pelbagai lapisan umur, pada era kini anime Naruto pula mengambil alih carta pilihan ramai. Sebelum ini, ramai yang bersedih kerana anime ini sudah pun tiba ke penghujungnya sebelum disambung pada kisah anaknya menerusi Boruto: Naruto Next Generations.


Naruto Kembali

Terbaru, berita gembira buat peminat yang merindui aksi Naruto kerana watak utama anime ini bakal kembali menerusi sebuah siri terbaru yang dikenali sebagai Naruto : Shinden. Selain memfokuskan Naruto, adiwira ini juga akan ditemani Sasuke dan Shikamaru sebagai watak utamanya.


‘Spin Off’ Dari Versi Asal

Menerusi pengumuman ini, Naruto : Shinden merupakan sebuah lagi ‘spin off’ daripada siri anime asal dengan memaparkan garis masa yang sama seperti Boruto iaitu 15 tahun selepas peperangan Fourth Shinobi World War.



Untuk anda yang teruja dengan berita ini, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menonton Naruto : Shinden yang akan ditayangkan seawal 10 Februari ini. Kage bunshin no jutsu! -hangat.com-