Tauke Jambu Mengamuk Gara-Gara Kenyataan ‘Sultan Melaka’


Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelawak Tauke Jambu yang dikatakan telah berpisah dengan isterinya. Kontroversi itu bermula selepas isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi mendakwa mereka sudah berpisah melalui lafaz cerai di aplikasi Whatsapp pada hujung bulan lalu. Namun begitu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menafikan dakwaan tersebut selain berusaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Tauke Mengamuk Dengan Kenyataan Sultan Melaka



Akan tetapi, kesabaran pelawak ini mula dicabar apabila terdapat sebuah pengguna dilaman Facebook yang menggunakan nama Sultan Melaka telah memfitnah serta turut mencacinya di laman sosial itu. Tidak cukup dengan itu, pengguna tersebut juga cuba mengapi-apikan situasi rumah tangga mereka.


“Ingat Allah Maha Melihat”
Mahu Ambil Tindakan

Berang dengan kenyataan itu, Tauke sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘Sultan Melaka’.




Dalam perkembangan lain, Tauke juga dikatakan mahu berundur daripada industri hiburan selepas terkesan dengan kontroversi itu. Segalanya akan diputuskan sebaik sahaja dia selesai beraksi di pentas MLM (Maharaja Lawak Mega). Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu. -hangat.com-