Tersalah Gambar! Habib Jewels Mohon Maaf Pada Elfira Loy & Sufian Suhaimi


Kehangatan perkahwinan pelakon Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar masih dirasai. Manakan tidak, rata-rata peminat menganggap perkahwinan mereka persis ‘Wedding of The Year’ meskipun tirai 2019 baru sahaja dibuka.

Habib Jewels Tersalah Letak Gambar

Dalam pada itu,ramai pihak termasuk syarikat besar yang menjadi penaja mahupun pernah berkolaborasi dengan Elfira mengucapkan tahniah atas perkahwinannya termasuklah syarikat barangan kemas terkenal, Habib Jewels.
Namun begitu, sesuatu yang mengejutkan menerusi laman Facebook Habib, dimana mereka telah memuat naik gambar Elfira dan bekas tunangnya yang juga penyanyi Sufian Suhaimi ketika di majlis pertunangan mereka terdahulu berserta ucapan tahniah.


Mohon Maaf

Meskipun gambar yang dimuat naik adalah gambar Elfira dan Suffian, ucapan yang disertakan adalah dituju buat Elfira dan Faris.



Akui akan kesilapan mereka, tidak lama kemudian pihak Habib telah memadam posting berkenaan serta turut membuat permohonan maaf kepada selebriti-selebriti tersebut dan peminat mereka.


Menurut Habib, kakitangan mereka yang bertugas telah tersalah memuat naik gambar itu dan dalam masa yang sama turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Elfira dan Faris. -hangat.com-