Santesh Mohon Maaf Selepas Dikecam Netizen


Namun begitu, baru-baru ini penyanyi ini dikecam gara-gara memakai baju lambang bendera Malaysia yang telah disunting ketika dijemput sebagai artis undangan dalam sebuah program hiburan di TV3. Pada baju tersebut kelihatan bulan sabit dan bintang telah digantikan dengan tanda hashtag (#) berwarna putih.

Santesh Mohon Maaf

Susulan daripada itu, Santesh menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik sebuah video permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminatnya. Menurut Santesh, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan bendera Malaysia.


Jelasnya lagi baju itu sebenarnya adalah pemberian seseorang dan dia tidak menyangka akan menimbulkan isu yang agak besar kepada ramai pihak. Mengambil iktibar atas apa yang terjadi, Santesh berjanji akan lebih berhati-dalam dalam memilih pakaian yang bersesuaian dan akan memastikan perkara yang sama tidak akan berulang kembali. -hangat.com-