,

Petugas Hospital Rayu Bantuan Ustaz Ebit Lew


Usaha penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada petugas Hospital Putrajaya meruntun hati netizen.

Menerusi satu video dimuat naik di YouTube rasminya, Ebit dilihat sedang mengagihkan beberapa tandas mudah alih buat kakitangan di sana.

Menurut Ebit, individu yang sedang berkhidmat ini pahalanya besar.

"Dia berjihad, barisan depan. Anda banyak berkorban, saya yang nak keluar rumah risau apatah lagi yang sedang berkerja siang malam.

"Niat jihat jadi pahala nanti Allah bantu keikhlasan kamu," katanya.

Namun, apa yang lebih memilukan, terdapat juga petugas yang memohon bantuan Ustaz supaya memberi kata-kata semangat kepada kakitangan yang bekerja.

Menurut petugas itu, ramai kakitangan kelihatan semakin 'down' disebabkan keletihan.

Anda boleh lihat video penuh tersebut di bawah.




Sementara itu pada anda yang mahu menghulurkan bantuan di bawah pengendalian ustaz Ebit ini boleh lihat maklumat yang disediakan di bawah. -gempak.com-