Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah, Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur perjalanannya ke sana berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan. Sempat berkongsikan cerita, Uqasha memberitahu sepanjang berada di bumi Mekah dia sering menangis terkenangkan dosa-dosa lampau.
“Sebelum ini saya pernah terduduk dan hilang arah kerana kesilapan lalu serta runsing tanpa sebab. Ia soal hubungan keluarga, kerjaya dan kehidupan seharian. Ada ketikanya tidak tahu apa punca yang membuatkan hati tidak tenang.
Tidak mahu lagi dirinya terpalit dengan kontroversi panas seperti sebelum ini, Uqasha memberitahu dia mahu membuka buku baru dan menjalani hidup lebih tenang. Dalam pada itu, Uqasha turut meminta maaf diatas kesilapannya terdahulu.
“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah
panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati
untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh
merosakkan diri.
“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu
yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik
ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi
contoh tidak baik kepada masyarakat. Ketika itu saya belum matang dan
mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,” katanya. -rotikaya-