Jika anda mengikuti perkembangan Nur Sajat, usahawan kosmetik sensasi ini kini berada di Dubai mengikuti pengajian kursus dandanan rambut. Walaupun berada jauh dari Malaysia, nama Sajat tidak pernah lekang daripada kontroversi panas.

Terbaru, Sajat ada memuat naik gambar tuala wanita berserta status yang mengundang kecaman netizen. Menerusi gambar tersebut, Sajat memberitahu ketiga-tiga barang tersebut merupakan benda paling penting baginya dan akan sentiasa dibawa kemana-mana.



Seperti sudah dijangka, gambar tersebut dibanjiri dengan komen-komen kecaman dan ramai netizen mempersoalkan status jantina Sajat.

Rata-rata netizen wanita pula dilihat meluat dengan perkongsian tersebut dan mengatakan bahawa seorang perempuan tulen tidak akan menguar-uarkan kepada umum jika mereka datang bulan.




Tidak kurang juga ramai yang berpendapat Sajat bertindak sedemikian bagi membuktikan jantina dirinya perempuan. Apa pun lebih baik jika kita doakan yang baik-baik  saja untuk Sajat. -rotikaya-