14 Tahun Berkahwin Kim Won Hee Masih Belum Dikurniakan Anak



Pelakon Korea, Kim Won Hee mendedahkan sebeb dia masih tidak mempunyai cahaya mata walaupun selepas 14 tahun berkahwin.

Won Hee berkongsi perkara itu dalam satu temu bual menerusi program terbitan SBS yang bersiaran baru-baru ini.

Kata Won Hee, dia tidak mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata buat masa ini.

“Sudah hampir 14 tahun saya berkahwin namun masih lagi belum mempunyai anak dan saya tidak mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik, jadi itu merupakan antara salah satu sebab mengapa saya tidak teringin untuk mempunyai zuriat.

“Tetapi apa pun saya tetap gembira dengan hanya memiliki saudara-saudara lain. Saya tidak boleh mencadangkan kehidupan tanpa anak itu seronok tetapi setakat ini saya okay,” jelasnya.

Sumber: Allkpop