, ,

Filem Manap Karaoke (2020) Tayangan Pedana Dah Keluar, Ramai Tak Sabar Nak Tonton!


Filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid, Manap Karaoke akan menemui anda dua hari sahaja lagi.

Meskipun masih belum ditayangkan, namun rata-rata peminat filem Mamat Khalid seakan tidak sabar menanti karya terbaru pengarah kesukaan mereka itu.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, terdapat pelbagai pendapat positif mengenai Manap Karaoke telah ditulis oleh netizen.

Ada yang menjangkakan elemen lawak dalam filem ini tidak akan menghampakan, ada juga yang menyarankan orang ramai untuk menonton filem ini sementara menunggu waktu berbuka puasa.










Dibintangi oleh Joey Daud, Mona Allen, Pekin Ibrahim, Imuda dan ramai lagi, Manap Karaoke akan menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 mulai 7 Mei ini.

Apa yang penting, Manap dan rakan-rakan adalah penghibur barisan hadapan ketika anda berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan di negara kita. -gempak.com-


TONTON FILEM MANAP KARAOKE (2020)