2020, Malaysia
Personaliti televisyen Hawa Rizwana tidak kisah sekiranya cita-cita untuk bergelar pengacara akan dikatakan cuba meniru jejak langkah Neelofa.
Malah kata Hawa, 24, dia menjadikan Neelofa sebagai individu yang diidolakan dalam pelbagai bidang.
"Itu memang cita-cita saya untuk bergelar pengacara dan sememangnya sudah belajar dalam bidang itu.
"Kalau orang nak bandingkan pun terserah, apa yang saya buat nak yang terbaik untuk diri sendiri.
"Neelofa pun diakui seorang pengacara hebat dan menginspirasikan ramai orang. Tak salah juga untuk saya menjadi salah seorang daripada 'adik' Neelofa," katanya kepada Gempak.
Akui Hawa, bidang pengacaraan menjadi idamannya memandangkan ia mencabar kreativiti dan kecekapan berfikir.
"Saya ada mendapat beberapa tawaran tapi tak berani nak hebahkan lagi.
"Menyampaikan berita memang impian tapi mengacara mencabar kreativiti juga memandangkan tiada prompter di hadapan.
"Saya juga boleh bertemu dengan ramai orang, bertukar pengalaman dan pelbagai idea," jelasnya.
Hawa ditemui pada majlis pelancaran Haney D'Jiwa di EQ Plaza, Kuala Lumpur. Personaliti televisyen itu dilantik sebagai wajah produk makanan alternatif itu. -credit to gempak-
Hawa Rizwana Nak Jadi Pengacara Ikut Jejak Langkah Neelofa