,

Siti Sarah Syukur Dapat Suami Seperti Shuib


Penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-9 bersama suaminya, pelawak Shuib Sepahtu.

Menerusi akaun Instagramnya, Sarah berkongsi rasa isi hatinya melalui coretan istimewa buat Shuib.

Menurut Sarah, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjwab.


“Kadang-kadang saya duduk dan terfikir kenapa hubungan saya dengan awak masa kita kawan sampai nikah Allah permudahkan sangat-sangat.

“Dalam 9 tahun kita bersama banyak dugaan yang kita tempuhi. Alhamdulillah… Kita tempuhinya dengan sabar, setiap hari masih belajar tentang awak.

“Ada benda yang memang dari saya kenal awak sampai sekarang benda tu sama (kene makan on time kalau tak kucing manja boleh jadi rimau buas). Saya cintakan awak sangat-sangat sayang.

“Terus lakukan apa yang awak lakukan sekranga, bertanggungjawab, penyanyang dan mengambil berat.

“Moga Allah lindungi kita, ampuni kita buka pintu rahmat buat kita dan keturunan kita. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-9 @shuibsepahtu," tulisnya.
 Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. -gempak.com-