Ahmad Dhani Dewa19 Dipenjara!

Agak mengejutkan apabila komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani telah di dapati bersalah atas kes menyebarkan kebencian melalui akun Twitter miliknya, @AHMADDHANIPRAST. Perbiacaraan atas kes tersebut didiadakan di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Isnin (28/1/2019).

Dalam perbicaraan tersebut, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman 18 bulan penjara. Sementara itu, band Ahmad Dhani iaitu Dewa 19 pada 2 Februari 2019 mendatang akan melakukan konsert di Malaysia.


Dengan hukuman terhadap Ahmad Dhani itu, bagaimana nasib konsert Dewa 19 di Malaysia?

Once Mekel, vokalis Dewa 19 menegaskan bahawa konser tersebut tetap diteruskan

“Terus terang saya baru tahu tentang apa yang terjadi kepada Dhani ya, perkembangan kesnya. Kalau tentang tanggal 2 Februari itu tetap jadi (konsertnya),” tegas Once Mekel saat dihubungi oleh Liputan6.


Dewa 19 sendiri belum menentukan bagaimana formasi saat konser berlangsung nanti. Yang pasti, konsert tersebut akan tetap berjalan.

Namun Once Mekel mengakui bahawa dirinya dan rakan-rakannya sudah sempat menyiapkan langkah-langkah untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk. -hangat.com-