Nampanya Sufian Suhaimi bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian, malah mempunyai bakat terpendam dalam lakonan. Kemunculan sulungnya dalam telemovie Bayang yang disiarkan pada Sabtu lalu mendapat respon positif daripada penonton.
Menerusi perkongsian di Instagram, Suhaimi bertanyakan kepada peminatnya mengenai lakonannya sama ada ‘kayu’ atau tidak. Rata-rata netizen memuji penyanyi tersebut yang tidak ‘kayu’ langsung dan berjaya menghidupkan watak yang diberikan.
“Terima kasih kepada semua yang menonton #Bayang semalam sampai trending! Berdebar sebenarnya nak tunggu kemunculan sulung saya dalam lakonan, takut orang nampak kayu yang berlakon. So kayu ke tak kayu?” tulisnya.
Ada yang mahu melihat Sufian untuk terus berlakon jika diberikan peluang. Tidak kurang juga, ada segelintir netizen membandingkan Sufian dengan pelakon sensasi, Fattah Amin.
Di dalam keterujaan netizen memuji penyanyi Di Matamu itu, ada beberapa netizen mengkritik bentuk fizikalnya yang terlalu kurus dan cengkung serta meminta Sufian untuk makan lebih banyak. Apa pun ramai yang mengatakan Sufian mempunyai potensi untuk terus muncul di kaca televisyen. -rotikaya-