,

Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim


Menerusi sidang media semalam, satu demi satu perkara dijelaskan oleh Ali Puteh berkenaan dakwaan dikatakan mahu membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey.

Ali berkata dia turut berkecil hati terhadap kakak iparnya iaitu Noor Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya, Sabariah Arshad.

Menurut Ali perkataan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat pemergian arwah.

“Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’.

“Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kenapa dia cakap begitu kepada mak. Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim,” katanya kepada mStar Online.

Dalam sidang media itu, Ali membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya dan mengakui ketika itu dia terlalu mengikut perasaan serta masih bersedih dengan pemergian abangnya.


SUMBER
MSTAR ONLINE