2020, Malaysia
Sering menerima komen tidak senonoh daripada lelaki dek kerana gambar yang dikongsikan dikatakan agak seksi, Elizabeth Tan menafikan dakwaan kononnya dia berpakaian seksi untuk ‘mengumpan’ kaum lelaki.
Menurut Elizabeth, dia beranggapan foto yang dikongsikannya tidak keterlaluan dan jika dia berpakaian terlalu seksi atau ‘over’ sudah pasti ibunya akan menegurnya terlebih dahulu.
“Jika pakaian saya keterlaluan, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.
“Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda? Saya bukan berpakaian terlalu seksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.
“Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat sahaja,” katanya kepada BH Online.
Menafikan dirinya ‘simbol seks’, Elizabeth mengakui dia membaca setiap komen para peminatnya. Jika ada yang komen yang kurang senang dengan cara pemakaiannya dia akan memohon maaf.
“Jika ada komen mengatakan foto kurang sesuai dan sebagainya, saya akan mohon maaf. Tetapi setakat ini, tiadalah komen yang terlalu meninggalkan kesan kepada saya.
“Selain itu, saya tidak pernah terima ‘benda’ bukan-bukan daripada peminat. Saya jarang buka mesej langsung (DM) yang dihantar, biasanya pembantu yang baca,” katanya. -rotikaya-
Pakaian Saya Tak Terlalu Seksi, Bukan Nak ‘Umpan’ Lelaki - Elizabeth Tan