“Saya ada contact dengan kilang pengeluar hand sanitizer dan memandangkan permintaan tinggi kini, saya kira ini masa yang sesuai untuk saya tampil dengan produk hand sanitizer sendiri”
Tambah Shuib, beliau terdorong untuk mengeluarkan produk terbabit kerana kasihan melihat netizen tercari-cari hand sanitizer sehingga ada segelintirnya ditipu ketika membeli secara online.
“Bukan mahu ambil kesempatan tapi saya buat kerana ia adalah keperluan pada masa kini dan stok pula terhad. Buat masa ini, saya tutup kedai Bubble Bee di Shah Alam sebab tak mahu mendedahkan pekerja dan pelanggan kepada risiko”
“Tidak dinafikan banyak perancangan tertangguh terutamanya berkaitan pembukaan 12 cawangan Bubble Bee seperti di Johor, Kuantan, Bangi, Ampang dan Setapak,” jelasnya kepada Sinar Harian. (rtky/w)