,

Black, Tomok & Shuib Tampil Mohon Maaf Di IG


Sepanjang minggu lalu hangat diperkatakan apabila ada segelintir artis meminta agar kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni yang terjejas ‘periuk nasi’ mereka susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun kenyataan mereka itu memakan diri apabila ada yang meminta dana khusus untuk para artis sedangkan ada segelintir artis sering menayang kekayaan mereka di media sosial. Malah, tindakan mereka itu mengundang kecaman hebat daripada netizen.



Tidak mahu memburukkan lagi keadaan, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan mereka itu mengenai bantuan terhadap anak seni.


Tomok berkata, sebagai manusia biasa dia juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Black pula menjelaskan niat dia kenyataannya itu untuk membantu golongan artis yang memerlukan bantuan, tetapi mungkin caranya itu agak tidak betul sehingga berlaku salah faham.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib juga mengakui kesilapannya dan menerima setiap kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepada dirinya. Shuib juga berharap dengan permohonan maaf yang dibuatnya itu menyelesaikan isu berkenaan. -rotikaya-