,

Ditegur Sebab Nampak Bahagian Perut, Ini Respon Shalma Eliana


Penyanyi Shalma Eliana, 20, berkongsi sebuah video yang telah mengundang teguran netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara rakaman video dirinya menari TikTok dan Eliana menyarungkan baju yang menampakkan bahagian perutnya.

"Walked in the house. Haha saya rasa menari adalah hobi terbaru saya sekarang lol," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen berbaur teguran kerana menyifatkan imej Eliana tidak manis dipandang orang ramai.





Namun, terdapat komen yang menjadi perhatian Eliana sehingga membuatkannya memberikan respon.

"Baik tak payah pakai baju," tulis seorang netizen.


Eliana tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Awak pasti?" balasnya.

Namun terdapat juga yang memuji bentuk badan Eliana yang menjadi idaman golongan wanita.

Eliana merupakan teman rapat kepada penyanyi, Ismail Izzani dan keakraban mereka terserlah apabila kedua-duanya sering memuat naik foto bersama di IG. -gempak.com-