,

Baby Shima Berang Selepas Akaun TikTok Cecah 1 Juta Pengikut ?


Penyanyi Baby Shima berang apabila ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai 'low class' gara-gara bangga dengan pencapaiannya memperoleh 1 juta pengikut di laman sosial, TikTok.

Perkara itu dikongsikan Shima menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Shima berkongsi paparan komen pihak yang memperlekehkan dirinya itu.

Bukan itu sahaja, Shima turut mendedahkan individu tersebut juga mempunyai akaun TikTok walaupun memadang rendah terhadap dirinya kerana memiliki akaun media sosial tersebut.

"Mesti TikTok dia kasta tinggi dan high class. Itulah orang cakap satu jari tunjuk kat orang empat jari kat diri sendiri.

"By the way, tak ada orang letak pistol atau pisau atas kepala kau untuk paksa kau main TikTok," luah Shima yang berkongsi beberapa video TikTok daripada individu berkenaan.

 
Terdahulu, seorang pengguna Instagram melabel pelantun Roadblock Hatiku itu sebagai insan yang 'low class' kerana bangga dengan sambutan yang diterima daripada pengikut di TikTok.

"TikTok yang dikejarnya, bangga pulak tu, low class," tulis individu tersebut.

Sebelum itu, Shima menerusi satu entri di Instagram meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan pengikutnya sehingga berjaya memiliki 1 juta pengikut di TikTok.

"Akhirnya @tiktok Shima sudah 1 juta pengikut. Alhamdulilah, Terima kasih semua yang menyokong. Buat para pengkritik terima kasih juga kerana makin memeriahkan lagi.

"Buat di Instagram, Youtube dan Smule terima kasih juga telah menjadikan 1 juta pengikut. Doakan Shima terus upload content lagi," kongsinya.

 
-gempak.com-