Menurut Alha dia kasihankan kucing mereka dan telah memberi makanan kerana dikhuatiri tuan rumah tersebut berada di kampung dan tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 April 2020.
“Assalamualaikum tuan rumah, sorry saya ceroboh kawasan rumah tuan/puan… Saya rasa tuan rumah mesti balik kampung dan dah tak boleh balik ke rumah semula sebabkan kes COVID-19 ni kan?
“Kesiannya, jadi saya minta izin memandai-mandai bagi makan kucing tuan. Jangan risau semuanya selamat,” katanya.
Alha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, dia memuat naik video di kawasan rumah jirannya dan memberi makanan kepada kucing-kucing mereka.
Tambah Alha lagi, dia ikhlas menolong dan berniat untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama.
“Kepada yang mempunyai masalah yang sama, duduk area Kajang atau Bangi serta yang tiada kawan atau jiran untuk minta tolong… Boleh mesej peribadi saya.
“Tapi pastikan pagar rumah tidak berkunci dan pastikan kucinng berada di luar rumah,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap serta amalan baiknya itu.