,

Che Ta Tak Sanggup Dimekap Jadi Tua


Rozita Che Wan atau Che Ta menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak akan menerima mana-mana tawaran yang menuntutnya untuk disolek kelihatan tua daripada usia sebenar.

Menurut Che Ta, watak tua sepatutnya diberikan kepada pelakon yang lebih sesuai terutama pelakon veteran bagi membantu kerjaya seni mereka.

“Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka kena mekap jadi tua? Baik bagi saja kepada pelakon veteran yang ada.

“Kalau tidak, nanti pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, bila saya ambil karakter yang kena mekap tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui sebenarnya dia tidak kisah jika diberikan watak nenek sekalipun asalkan tidak dimekap menjadi tua.

“Saya okay saja untuk menjayakan karakter nenek. Lagipun itulah realitinya saya sekarang sudah ada anak-anak yang besar,” katanya.

Seperti diketahui, tahun lalu Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mengumumkan pelakon muda dilarang mengenakan solekan watak orang tua mulai 1 Januari 2020.


SUMBER
HARIAN METRO