2020, Malaysia
Terkesan dengan kes kematian mengejut pada usia muda dua rakan selebriti iaitu Allahyarham Abam dan Allahyarham Ashraf Sinclair, membuatkan Alif Satar risau tentang nasib dan masa depan keluarganya.
Susulan itu, Alif mengambil langkah awal dengan membuat pelan perwarisan harta semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan apabila dia sudah tiada suatu hari nanti.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.
“Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama. Sebab kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup,” katanya kepada mStar Online.
Ajal tidak mengira usia dan kematian datang bila-bila masa. Apa yang dilakukan Alif ini sememangnya sangat tepat kerana bimbang apabila sudah tiada nanti nasib isteri dan anak-anak akan teraniaya jika wasiat tidak dibuat lebih awal. -rotikaya- MSTAR ONLINE
Alif Satar Dah Buat Wasiat Untuk Isteri & Anak-Anak