,

Syida Melvin Pilih Safa Safeera Untuk Cahaya Mata Pertamanya


Pelakon Syida Melvin selamat menimang cahaya mata pertamanya pada Khamis lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Syida memaklumkan pilihan nama puteri sulungnya.

Syida bersama suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen telah memilih nama yang cukup indah iaitu Safa Safeera.


“Alhamdulillah, MashaAllah… MashaAllah. Terima kasih pada yang mendoakan. Alhamdulillah Cda dah selamat lahirkan baby Girl, Safa Safeera 3.47kg @ 3:56pm 20/02/2020.

“Kebetulan sangat-sangat yang due date Safeera memang hari ini, date cantik hehe! Ibu dan daddy nikah 19.1.19, baby girl keluar at 20.2.20. Syukur Alhamdulillah Ya Allah ❤️

“Nanti next post Cda cerita my Labour journey okay. Ni nak rehat sat, penat teqan,” tulisnya.