2020, Malaysia
Aktres Ayda Jebat, 28, telah berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, semalam.
Menerusi laman sosial Instagram (IG) teman lelakinya iaitu pengacara Nabil Mahir, 32, berkongsi foto bersama Ayda untuk tatapan umum.
"Alhamdulillah wuv dapat jemputan ke tanah suci Makkah. Moga semuanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Jaga diri," tulis Nabil menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada para pengikut yang rata-ratanya mendoakan semoga ibadah Ayda diberkati dan berjalan dengan lancar.
"Semoga dipermudahkan semua urusan.
"Alhamdulillah niatkan sekali dicepat dan diperjdohkan jodoh kalian.
"Masya-Allah semoga Ayda selamat pergi dan balik. Serasi betul dengan Nabil Mahir semoga cepat ke pelamin," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Difahamkan, Ayda pergi ke sana bersama penerbit terkenal Sheila Rusly serta suami, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya. -gempak.com-
Ayda Jebat Tunai Umrah Bersama Sheila Rusly