,

Netizen Lancar Petisyen 'Boikot Sajat'



Selepas beberapa kontroversi melibatkan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat, netizen melancarkan petisyen memboikot ahli perniagaan tersebut.

Seorang pengguna laman sosial telah mewujudkan petisyen ‘Boikot Sajat Kerana Permainkan Agama Di Tanah Suci Mekah & Madinah’.

Menerusi tinjauan Gempak, sehingga artikel ini ditulis hampir 12,000 orang telah menurunkan tanda tangan pada petisyen yang memerlukan 15,000 sokongan daripada orang ramai itu untuk membolehkan Nur Sajat diboikot.

Petisyen tersebut dibuat di laman sesawang change.org sejak empat hari lalu.

Selain itu, petisyen tersebut juga turut menggesa kerajaan mengambil tindakan segera ke atas Nur Sajat dan semua yang bersekongkol dengannya ketika berada di Mekah.


Nur Sajat sebelum ini mencetus kemarahan umat islam di Malaysia apabila memuat naik fotonya berpakaian wanita di tanah suci Mekah dan Madinah.

Kontroversi tercetus apabila Nur Sajat sebelum ini menegaskan dirinya seorang wanita sedangkan netizen mendakwa dia seorang lelaki transgender.

Disebabkan itu perbuatan Nur Sajat turut mendapat perhatian daripada pihak kerajaan yang memutuskan jantina pengusaha kosmetik tersebut sebagai lelaki. -gempak.com-