,

Fify Azmi Nekad Simpan Mesej Pujian Daripada Arwah Ashraf Sinclair


Pelakon Fify Azmi berkongsi kenangan perbualannya bersama aktor Ashraf Sinclair ketika filem Wira ditayangkan di Indonesia pada bulan lepas.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, suami kepada aktres popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) memuji akan hasil lakonan Fify dalam filem tersebut.

“Hey Ariel Peter Pan. Your character in Wira got nuts man. Sangat menyukai.
“Kerja yang hebat, suka dengan kecekapan lakonan dan range anda, ia sangat berwarna-warni.

“Dan adegan pertarungan juga sangat penting,” tulis Ashraf pada 28 Januari lalu.

Fify yang sedih kerana tidak dapat bersama-sama dengan pelakon lain pada malam tayangan perdana itu sempat mengirimkan salam kepada BCL.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Afiqah Fify Mohamed Azmi, 29, menyatakan ini adalah kiriman mesej yang pertama dan terakhir yang diterima daripada pelakon drama Gol & Gincu itu dan akan disimpan selamanya.

“Teks pertama dan terakhir dari beliau @ashrafsinclair. Saya akan menyimpan mesej ini selama-lamanya di dalam hati saya.

“Semoga tenang di sana abang. Takziah buat keluarga. Al-fatihah... @ashrafsinclair,” tulisnya.



Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) hari ini. -gempak-