Pelakon Fattah Amin bersyukur kerana akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) dari Universiti Utara Malaysia.
Dengan tamatnya pengajian tersebut, Fattah mahu membuktikan tiada alasan untuk belajar meskipun sedang bekerja jika benar berkemahuan.
“Alhamdulillah dah boleh ready nak konvo!
“Siapa kata kalau kerja susah nak belajar? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” tulisnya.
Suami kepada Fazura itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya di hadapan tempat pengajiannya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.
Selain Fattah, selebriti lain yang turut sama-sama menamatkan pengajian ialah Pekin Ibrahim, Tomok, Zahid Baharudin, Aril Pilus, Raja Mukhriz dan ramai lagi. -gempak-