Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, berkata perkara paling bahaya dalam perhubungan apabila masing-masing hanya bertindak memendam rasa.
"Bergaduh? Ya. Salah faham? Ya. Kadang-kadang rasa macam nak tenyeh muka dia bila tak faham kita kan. Tapi selalu lah fikir, mana ada manusia yang sempurna, termasuklah suami atau isteri kita.
"Kalau sakit hati kat pasangan, fikir tentang andai satu hari dia dipanggil tuhan. Apa kita rasa. Sedih tak? Jadi, kalau terasa hati macam mana pun, selesaikan cepat-cepat. Jangan simpan. Sebab hidup ni pantas sangat-sangat.
"Komunikasi harus baik. Semua akan baik. Kami taulah, 10 tahun kami dok dalam komunikasi tak baik sebab kami banyak simpan perasaan. Lepas tu meletup, habis semua hancur. Tak mahu macam tu," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Pada masa sama, kata Nourul, kehilangan pasangan bukanlah satu fasa yang mudah buat sesiapa yang melaluinya.
Lebih-lebih lagi apabila seorang wanita yang terpaksa berdepan dengan kehilangan insan yang bergelar suami.
"Macam-macam berita pagi ini. Astaghfirullah, tak tahu nak gambarkan perasaan wanita yang kehilangan suami. Suami adalah setengah dari hidup dan badan kita.
"Takziah kepada yang diuji akan kehilangan teman setia, pencinta yang digelar suami. Semoga kamu tenang dan terus tabah," tulisnya.
Nourul mendirikan rumah tangga dengan Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sebelum itu, pelantun lagu Sehati Sejiwa itu pernah berkahwin dengan komposer Ajai, namun hubungan tersebut bertahan selama 10 tahun sebelum berpisah pada 2006. -credit to gempak-