Gambar perkahwinan pelakon Emma Maembong bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar secara tiba-tiba menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Semuanya gara-gara satu posting yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter dikenali sebagai Syahbinar.
Posting berkenaan memaparkan gambar Emma yang sedang mencium pipi Chacha di atas pelamin.
Namun, apa yang membuatkan ramai tidak senang hati adalah tindakan Shazli yang turut sama mencium adik iparnya itu.
Anda boleh lihat gambar berkenaan di bawah.
Gambar kahwin apa yg aku tengok niii. Allahhuuuu
Pasaipa adik yg di tengah...
5,667 people are talking about this
Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen mengecam tindakan berkenaan.
Ada yang menganggap ia keterlaluan dan tidak kurang juga menyifatkan perlakuan tersebut seperti mempersendakan agama.
Anda boleh lihat antara komen dan kecaman netizen di bawah.
Untuk rekod, Emma sah bergelar isteri kepada Mohamad Shazli apabila pasangan tersebut bernikah pada jam 11.58, Khamis lalu.
Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli itu berlangsung di Dunia Melayu, Bukit Damansara dan dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat. -credit to gempak.com-