2020, Malaysia
Pelbagai kecaman dilemparkan terhadapnya susulan status hinaan terhadap kakak iparnya, Noor Hidayah, akhirnya adik kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu pelawak Ali Puteh tampil memberikan penjelasan.
Menafikan dakwaan netizen bahawa dia dan keluarga cuba mengambil harta pusaka peninggalan arwah, Ali berkata dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan hal penting terutama hutang arwah.
“Pada hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama mengenai hutang-hutang arwah.
“Berkenaan dengan telefon bimbit, tujuan saya mengambilnya kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada disitu sebab sebelum ini saya juga yang menguruskan segala kerja arwah.
“Menerusi telefon itu saya dapat periksa jika arwah ada sebarang hutang yang perlu diselesaikan. Sebab segala hutangnya perlu diselesaikan.
“Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing arwah dah belikan telefon bimbit. Selepas selesai segala urusan hutang, ambillah semula.
Ali menjelaskan dia mengambil dompet arwah abangnya untuk mendapatkan maklumat kad ahli seniman, bagaimanapun dia terkejut apabila kakak iparnya menyerahkannya tanpa wang tunia dan kad bank milik arwah.
“Saya mengambil dompet itu sebab perlu melihat kad seniman. Tapi dompet yang diberikan hanya ada beberapa kad dan tiada wang ringgit mahupun seringgit atau dua puluh sen pun tak ada.
“Saya bertanya pada dia mana duit? Dia kata memang arwah tak ada tinggalkan apa-apa dan tidak keluar duit. Agak mustahil. Sebab awak kahwin baru dua tahun, saya hidup dengan arwah dah 31 tahun dan saya kenal abang saya itu selalu akan pastikan ada duit dalam dompet.
“Kalau termakan itu kesilapan sebab belum faraid apa-apa. Walaupun seringgit, tetap kena faraid. Tapi tak apa la, saya tak nak fikir mengenai itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan kakak iparnya membuat keputusan untuk keluar pada hari keenam arwah abangnya meninggal dunia. -artikel : mstar-
Ali Puteh Pelik Kakak Ipar Serah Dompet Arwah Tanpa Wang & Kad Bank