,

Sajat Tayang Kekasih Baru Dari Lubnan



Sajat Tayang Kekasih Baru Dari Lubnan, Coach Yin Rasa Ditipu! 




















Usahawan kosmetik, Nur Sajat memberi gambaran bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang model.

Sajat berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik bersama seorang lelaki di Instagram miliknya.

Lelaki yang berasal daripada Beirut, Lubnan itu dikenali sebagai Jad Issa.

"Terima kasih kerana sentiasa membuat saya tersenyum @jadooss," tulisnya sebagai kapsyen.
 

Walau bagaimanapun, jurulatih kesihatan, Coach Yin meluahkan rasa sedih kerana merasakan telah ditipu.

"Tuhan nak tunjuk sekejap je. Patut lah kat Paris 6 hari 6 malam dia diam.


"Bila hantar whatsApp hanya baca. Rupa-rupanya permainan dia.

"Selama ini hidupku ditipu takpelah. Bila ditanya katanya tak kenal siapa.

"Biar dia gembira dengan kehidupan dia, doakan yang baik-baik saja.

"Biasalah mula-mula bercinta, bau kentut pun kata bau macam perfume Chanel.

"What you give you get back. Sekarang saya pun dah ada kehidupan saya. Walaupun solo saya bahagia," tulisnya di IG.
 
Terdahulu, Sajat memuat naik beberapa kenyataan di ruangan IG Story dan memberitahu seluruh badannya lebam akibat dipukul oleh seseorang.

credit to gempak.com