Menerusi Instagram, Pencetus Ummah Amin meluahkan rasa kesal apabila banyak cerita yang tidak sedap didengar tentang wanita bertudung sejak kebelakangan ini.
PU Amin turut menjelaskan kelebihan bertudung dan memberitahu betapa mahalnya maruah dan aurat seorang wanita. Katanya lagi, dalam Al Quran ada memberitahu memakai tudung untuk menutup dada, namun jika dipakai mengikut suka, mudah untuk syaitan terus menggoda.
BACA: https://gosip-artis-terkini.blogspot.com/2019/01/emma-maembong-mohon-maaf-mengaku-buka.html
“Tudung mahkota bagi wanita . Tanda Allah sayang wanita , Allah minta ditutup aurat wanita . Dalam Al Quran Allah memberi arahan tanda sayang.
“Tudung itu mahal harganya di akhir zaman. Tapi yang lebih mahal adalah maruah dan aurat wanita. Ibu, isteri, anak anak kita wanita, Allah muliakan mereka.
PU Amin turut menyeru kaum lelaki agar memelihara aurat kaum wanita kerana bimbang jika tangan itu nanti yang akan menarik kita ke neraka kelak. Beliau turut memberi secebis nasihat buat wanita diluar sana supaya tidak termakan dengan hasutan atau godaan dunia
“Wahai lelaki perlihara kaum wanita dikalangan kamu. Kelak senyum nak ke syurga ditarik hina ke neraka. Wahai Muslimah , Pintu Syurga Masih Terbuka . Kembali lah perlahan demi perlahan , sedikit demi sedikit. Selagi peluang bertaubat masih ada , sujudlah memohon ampun Tuhan.
Diakhir perkongsian tersebut, PU Amin turut melarang netizen daripada ‘tag’ sesiapa di ruangan komen, kerana pesanannya itu ditujukan kepada umum. -rotikaya-