,

(Video) Polis Menembak Tayar Sebuah Kereta Suspek Pengedar Dadah


Seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu tembakan ke arat tayar kereta suspek yang cuba melarikan diri. Kenderaan jenis Nissan Teana berwarna hitam yang dipandu suspek juga dipercayai cuba melanggar anggota polis berkenaan.



Polis lepaskan tembakan

Polis lepas tembakan ke arah tayar kereta suspek kes lari dan cuba langgar anggota polis.

Kejadian berlaku di Jalan Genting Klang, Setapak KL.

Suspek dapat lolos diri, namun kenderaan ditemui bersama dadah di Lebuhraya Duke.

Suspek kini sedang diburu.
2,557 people are talking about this
Rakaman video yang dimuatnaik Mohd Redzuan di laman Twitter ini menyaksikan aksi kejar mengejar seorang anggota polis dengan seorang suspek yang memandu kereta tersebut. Kejadian dipercayai berlaku pada hari Isnin lalu.

Lokasi insiden ini dipercayai berlaku di Jalan Genting Klang di Setapak Kuala Lumpur ketika pihak polis menjalankan tugas kawalan lalulintas.

Menurut laporan Kini TV, anggota polis berjalan menuju ke arah kereta berkenaan dan menyuruh pemandu yang mencurigakan itu turun tetapi suspek enggan. Dua das tembakan dilepaskan ke tayar hadapan namun kereta tersebut terus memecut ke arah Lebuhraya Duke.


Nombor pendaftaran sedang disiasat




Menurut maklumat tambahan yang dikongsi lagi, pihak polis menemui satu paket syabu di dalam kenderaa tersebut. Nombor pendaftaran kenderaan juga masih dalam siasata bagi menyesahkan maklumat laporan. Nombor pendaftaran JPY 2796 itu telah didaftarkan atas nama seorang wanita yang berusia 62 tahun berasal dari Johor.



Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap, Ohbulan