Linda Rafar Terima Lebih 40 Mesej Mohon Maaf


Gara-gara mahu menyaman lebih 100 individu yang menulis komen keterlaluan berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam, Linda Rafar menerima lebih 40 mesej mohon maaf dari netizen.

BACA: Linda Rafar Failkan Saman Kepada 100 Netizen

“Sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan pengecualian notis. Seperti yang dimaklumkan semalam, permohonan maaf itu perlu dibuat secara jelas dan terperinci. Bukan hanya hantar menghantar mesej minta maaf saja”

“Ada yang menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru nak fikir perkara itu salah”

“Apa pun, saya kena ikut nasihat peguam. Permohonan maaf itu perlu beradab dan jelas serta dibuat secara terbuka. Saya akan memuat naik permohonan maaf yang sudah diluluskan peguam di Instragram,” jelasnya.

Bagaimanapun Linda memberitahu, bagi mereka yang masih berdegil untuk meminta maaf, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka tetap akan dihantar atau merek bakal berdepan dengan saman.

Rata-rata rakan di kalangan selebriti memuji tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen. Untuk pengetahuan, Linda merupakan selebriti pertama menfailkan saman terhadap netizen. (rtky/w)