Malaysia
Bulan lalu, tular di media sosial isu mengenai Linda Rafar yang didakwa menfitnah sekumpulan jururawat di sebuah hospital. Perkara itu mendapat perhatian ramai termasuklah Kesatuan kerja untuk para jururawat, Delegasi Jururawat yang ingin mengemukakan tuntutan saman terhadap penyanyi itu.
Terbaru, dalam satu sidang media siang tadi, Linda memberitahu akan menfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang melemparkan kecaman keterlaluan sehingga memburukkan imej dan reputasinya serta nama keluarganya turut tercalar berhubung isu fitnah jururawat itu.
BACA: Isu Jururawat: Linda Rafar Percaya Kebenaran Berpihak Padanya
Dalam pada itu, Linda turut menuntut mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial.
“Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar.
“Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.
“Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial,” katanya kepada Harian Metro.
Linda memberitahu, dia tidak pernah terlintas untuk sampai ke tahap ini dan mahu ianya diselesaikan secara baik. Namun kecaman yang dilemparkan semakin teruk dan berlarutan meskipun ibunya sudah meninggal dunia.
Katanya lagi, apa yang dilakukan olehnya itu adalah untuk mempertahankan hak ibunya dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Belum pernah terjadi dalam industri hiburan tanah air dimana artis menfailkan saman terhadap netizen. Apa pun semoga ianya dapat dijadikan pengajaran buat netizen diluar sana. -rotikaya-
Linda Rafar Failkan Saman Kepada 100 Netizen