Putus Selepas 4 Bulan
Terbaru, menurut sumber kedua-duanya dilaporkan sudah berpisah selepas empat bulan menjalinkan hubungan cinta. Perkara itu turut disahkan oleh pihak pengurusan mereka, SM Entertainment. Meskipun tidak lagi bersama, kedua-duanya dikatakan masih lagi berhubung baik.
Putus Kerana Komitmen Kerja
Ramai yang tertanya apakah punca pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah kerana hubungan yang dijalinkan masih baru. Dikatakan kerana ingin memfokuskan pada kerja adalah punca mereka berpisah selain memikirkan soal ahli kumpulan masing-masing dan juga peminat. -hangat.com-